Friday, October 11, 2013

Braces.

Sebelum ni senyum nak cover je. Boleh dibilang dengan jari berapa kali aku senyum nampak gigi. Mihmih. But now my confidence level dah one level up as my teeth start moving. Weeehooo. Alhamdulillah.



Ni gambar before pakai braces. Eksaited tangkap gambar sampai tak perasan senyum ternampak gigi. Haha abaikan reaksi over eksaited kawan gua sebelah tu. Hihi


Setelah sebulan lebih tak sampai dua bulan braces dipasang. Cepat kan progress dia ?



Hah sekarang kemain lagi. Senyum kemain eksaited. Asal bergambar je tunjuk gigi asal bergambar je tunjuk gigi. 



Mula-mula pakai memang sakit sikit, sebab masa tu kau rasa tak biasa ada bendasing dalam mulut kau. Plus besi yang dipasang tu rasa ketat. Sebab tak biasa kan. Masa gigi tengah bergerak pun sakit dia satu hal. But trust me, semua kesakitan tu kejap aje. Lama-lama kau akan jadi lali and everything will be just fine fine fine :) Jangan hiraukan kesakitan tu sebab hasil dia nanti akan membuatkan korang rasa nak senyum sampai lenguh mulut. Rata-rata pemakai braces yang telah tamat kontrak braces dorang, semuanya mengadu nak pakai braces balik. Konon dah sebati. Sampai macam tu impak braces. Kikiki. Konklusinya adalah persetankan semua kesakitan, fikirkan HASILNYA NANTI. Hehe

So why wait ? Trust me, braces are worth your money. Aku buat pendakap gigi dekat Klinik Dr. Zarin, Ampang. Selama penjelajahan aku ke klinik-klinik gigi, aku dapati Klinik Dr. Zarin ni la yg menawarkan harga yg agak murah and dia punya installment pun murah. Sesuai la untuk student macam gua ni. For more info, boleh berhubung terus kepada Klinik Dr. Zarin di nombor 03-42972644.


So bagi sesiapa yang sedang merancang nak pakai pendakap gigi dan yang sedang tunggu masa untuk pakai tu, I wish you Good Luck and jangan takut.
Let's keep our mouth healthy and smileeee to the max ! :D


1 comment: