Friday, September 16, 2011

rakan myspace

zaman myspace memberi seribu satu makna buat aku. aku tak pernah terfikir nak buat akaun myspace-2 ni. sebab aku tak berminat nak berkenalan dengan stranger. pantang jumpa profile picture yang cantik dan handsome je, terus minta nombor di ruangan comments, apa barang ? sungguh tak gentleman. entah-2 bukan gambar sendiri pun. bukan boleh percaya. HAHA. aku buat akaun pun sebab aku nak tahu perkembangan seseorang yang tidak pernah dihubungi sejak kami memutuskan hubungan.


masa tu tak matang lagi. aku tak tahu nak mengadu masalah kat siapa. so aku pun post la kat Bulletin tak silap aku. setiap kali aku ada masalah, ada seorang rakan myspace bernama, errr aku dah lupa. tapi nama sebenar dia Izzafi. belajar di Maktab Tentera Di-Raja. umur dia setahun bawah aku. selalu concern pasal aku dan tak pernah miss utk meninggalkan komen setiap kali aku ada masalah. aku rasa terharu. sangat. ada yang concern rupanya. the way he advice me, sangat buat aku tersentuh. walaupun panjang berjela, aku tak kisah baca balik banyak-2 kali. sebab cara dia nasihat seperti dia meletakkan diri dia dalam keadaan yang aku hadapi. aku lagi terkesima. sangat sukar utk mencari lelaki macam dia di zaman ni. aku dapat rasakan dia seorang yang saaaangat jujur. ini ikhlas dari hati aku.


apapun, aku telah menipu dia sepanjang persahabatan kami. aku tak jangka yang dia ingat aku ni sama umur dengan dia (sebaya). but it's not. masa tu aku takde rasa bersalah pasal umur tu sebab dia yang anggap aku sebaya dengan dia tanpa bertanya aku terlebih dahulu. aku actually tua setahun dari dia. aku biarkan saja dia anggap yang umur kami sebaya sebab aku takut kami akan putus sahabat lepas tu. along the way, he's my English teacher. berlagak betul mamat ni. mesej nak speaking je. btw dia selalu betulkan grammar aku yang sememangnya sangat lemah ni. HAHA


kami jarang mesej dan tak sangka, dia masih simpan nombor aku. akhir tahun 2010, masa tu aku dalam bas menuju ke UiTM Perlis menjalani latihan bakal komander, dia hantar mesej wish 'goodlcuk for your SPM'. walaupun aku nak tergelak baca mesej dia, tapi dalam masa yang sama aku terharu. dah berapa abad kami tak mesej, tapi dia masih ingat aku. dalam masa yang sama gak aku macam ada perasaan menyesal sikit sebab dah macam tipu dia. time tu jugak aku minta nama akaun facebook dia. see, berapa lama kami tak contact ? facebook dah berapa lama wujud, akhir tahun 2010 baru aku minta akaun dia.


now, aku dah pun add dia kat facebook. bila dia approve, rajin gak aku ke profile dia and comment status2 dia. aku tak pasti dia kenal aku lagi ke tak. sebab nama di akaun myspace dan facebook berlainan. kalau dia kenal aku pun, pasti dia marahkan aku sebab tengok tahun lahir dan betapa awalnya aku melangkah ke universiti lebih dahulu daripada dia.






p/s: izzafi, saya harap awak tak marah. saya pernah nak bagitahu awak pasal umur saya tapi tak sempat. we have gone so far. I miss you for being my English teacher. awak dah hot ye sekarang. saya tak berani nak tegur awak kat facebook. harap awak masih ingat saya. I just want you to know that, you are the best male friend I have ever met. I try looking for another you but unfortunately, I didn't found it. maybe not yet.
Izzafi, friendship forever :')

No comments:

Post a Comment