Sunday, November 27, 2011

kalah

aku banyak belajar dari erti kekalahan. aku pernah selalu menang dulu, dan bila satu masa dimana aku kalah, aku tak boleh terima kekalahan tu. sangat. aku jadi benci dengan diri sendiri sebab kalah. dek kerana terlalu selesa dengan kemenangan yang dikecapi sebelum ni, maka aku sukar menerima kekalahan.



tadi Malaysia kalah dengan Bahrain atas gol 2-3, sangat tidak disangka kerana pada separuh pertama Malaysia mendahului dengan jaringan 2-0. kita sendiri boleh nampak keajaiban berlaku di pihak Bahrain dengan jaringan gol dalam masa yang singkat. siapa boleh buat macam tu ? dengan izin Allah, Bahrain menang malam ni. tahniah buat pasukan Bahrain :)


Harimau Muda, jangan mengalah. anggaplah kekalahan pada hari ini sebagai pembakar semangat utk perlawanan yang setererusnya. mereka dah cuba sedaya upaya utk menaikkan nama Malaysia. sejujurnya aku sedih Malaysia kalah, tapi sebagai seorang yang pernah kecewa akibat kekalahan dulu, aku faham perasaan diorang. sudah tentu, mereka yang lebih merasa kesedihannya sebab yang beraksi di padang Stadium Bukit Jalil tadi adalah mereka, bukan kita.

No comments:

Post a Comment