Monday, December 26, 2011

yang sebenarnya

semua orang boleh jadi apa yang dia nak. tapi yang sebenarnya, antara mereka yang betul-betul jadi macam yang apa dia nak itu adalah dari kalangan orang-orang yang punya bakat, minat serta kesungguhan je.



semua orang boleh menyanyi. semua orang boleh jadi pemuzik. tapi yang sebenarnya pemuzik adalah dari kalangan mereka yang boleh mencipta lagu, dalam masa yang sama bermain muzik dan menyanyi. sebab itu dia dipanggil pemuzik. segalanya yang berkaitan muzik dikuasai oleh pemuzik tersebut.




semua orang boleh beli kamera. semua orang boleh tangkap gambar. tapi yang punya kamera itu tak semestinya seorang jurugambar. yang sebenarnya jurugambar adalah mereka yang mampu menzahirkan perasaannya melalui foto yang diambil. tak semua pemilik kamera layak dipanggil jurugambar.



semua orang boleh memasak. tak kisahlah sampai hangit, pahit atau terlebih garam. tapi tak semua orang boleh jadi tukang masak. yang sebenarnya tukang masak adalah orang yang memasak bukan sekadar mencampakkan bawang ke dalam kuali, atau memotong cili dengan laju, tapi mereka yang memasak dengan hati dan perasaan. mereka mahu masakan mereka menjadi yang terbaik, terharum dan tersedap di dunia.




**aku rasa beberapa artis kat Malaysia patut kurangkan sikap diva dan demanding diorang, sebab tu tandanya diorang nak glamour je, tak ikhlas nak berkarya atau menyampaikan mesej kpd masyarakat. setakat ni aku nampak Yuna, yang sebenar-benarnya seorang Pemuzik. sekian.

No comments:

Post a Comment