Friday, March 2, 2012

Pasal perasaan.

Aku cukup tersentuh kalau ada yang menyentuh perihal perasaan. Contohnya kalau ada orang cakap "Eh jangan kawan dengan dia doe, dahlah miskin, hodoh pulak tu". Bila difikirkan balik, apa salah dia dengan menjadi hodoh, miskin dan buruk ? Semua orang kalau boleh mahu minta dijadikan sempurna, cantik dan kacak di muka bumi ini.





Lumrahnya manusia memang sukakan kecantikan. Tapi silapnya disini, yang cantik sempurna selalu menilai si hodoh/miskin. Si hodoh/miskin punya perasaan. Perasaan si hodoh/miskin itu sendiri, perasaan ibu dan ayah si hodoh/miskin kalau tahu orang lain mengutuk kecacatan anaknya. Sudah tentu mak ayah si hodoh miskin itu akan rasa diri mereka hodoh dan miskin jugak. Apa-apa ajelah kalau pasal perasaan, aku tersentuh. Tak sanggup nak tengok orang bersedih dalam dunia ni.





Yang cantik tak pernah fikir, apa perasaan si hodoh/miskin. Sebab si cantik rasa dia akan kekal cantik, selamanya. Dipuji, dijulang. Itu yang dia rasa. Batiniah, dialah yang paling hodoh sekali. Hati busuk. Hinanya attitude dia. Entah kenapa aku benci dengan orang macam ni. Harap orang tu tak mucul depan aku.

No comments:

Post a Comment