Friday, August 24, 2012

Pengakhiran yang emosional.

Semester ini adalah semester terakhir buat aku. Betul, dah nak habis dip dah :) Doakan saya. Hehe. Semoga Nur Zakiah binti Abdul Hamid tidak repeat paper dan tidak buat sambil lewa segala assignment yang membawa kepada carry mark serta dapat grad pada waktu yang sepatutnya. Aminnnn.



Eh macam bakalan rindu jeeee zaman diploma di universiti bila aku dah keluar nanti. Nanti rindu nak puasa dekat asrama, rindu nak buat assignment sampai tak tidur malam, rindu nak makan megi bebanyak, and the most precious thing, friends :') Pasti rindu korang !



Sekarang memang aku sumpah seranah bila cuti habis, bila tak cukup cuti, bila terpaksa balik dan sebagainya. Tapi aku yakin yang aku akan rindu waktu-2 dan suasana yang aku benci tu. Macam zaman sekolah dulu. Jangan cakap ah, menyampah doh belajar. Menyampah perhimpunan pagi. Menyampah exam. Menyampah dan menyumpah but now, rindu woi.



Aku harap segalanya akan berjalan lancar pada semester akhir ni. Usaha harus lebih. Doa kena konsisten, beribadah jua. Aktifkan diri, busy tak bermakna kena dok terperap buat esaimen je. Insya'Allah segalanya baik-2 sahaja. Aminnnnn :")

No comments:

Post a Comment