Monday, November 26, 2012

Rasional seorang pelarian.

Aku boleh lari bila-bila masa. Kemana aku nak. Pilihan ditangan aku. Fizikal dan mentalku sudah aku asah tajam-tajam agar tak tumpul diluar nanti. Agar dapat dijadikan senjata. Agar dapat melindungi aku. Segala kemungkinan tentang apa sahaja yang bakal berlaku dah aku fikirkan. Konon dah cukup bersedia. 'Aku nak lari...aku nak lari.....aku harus lari dari semua ni' kata fikiran aku.



Aku pilih untuk berhenti bermimpi, aku tampar pipi sendiri, lalu aku pilih 'tidak'. Ah setan selalu saje mengacau pemikiran manusia aku ni. Aku masih rasional. Walau gagah mana persediaan aku, kental mana jiwa aku, aku bersyukur aku masih ada hati. Ada perasaan.













Cumanya, aku berharap sangat agar segala masalah dalam rumah ni selesai cepat.
Aku ada Tuhan. Itu yang pasti. Allahuakbar. Permudahkan segala urusanku Ya Allah.



No comments:

Post a Comment