Friday, April 26, 2013

Landasan Cinta.

''Kalau cinta terhadap makhluk dah melebih-lebih daripada cinta terhadap Allah, susahlah macam tu, takde keberkatan hidup nanti. Macam mana Tuhan nak tolong kau lupakan dia kalau kau sendiri tak ingat dekat Allah. Semua tu ada hikmahnya zack.'' 

Berikut petikan ayat Fakhrur Razi kepada aku beberapa tahun lepas. Ayat yang bikin aku sentap dan ingat setiap hari. Ye, aku mengaku aku seringkali lalai kalau bercinta. Masa kecewa menangis bagai nak rak, macam menyalahkan takdir. Mencarut sana. Menyumpah sini. Tapi, tu aku yang lama. Aku banyak sedar diri sejak berkawan dengan Razi. Alhamdulillah dengan mempunyai ramai kawan, sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang kehidupan. Aku aim tak nak bercinta sampai habis degree. Tapi takdir Allah telah menemukan aku dengan dia. Jadi hari ini, aku bercinta lagi. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Harap aku sayang manusia tak lebih dari rasa sayang kepada Allah. In sha Allah. Minta dijauhkan dari kelalaian. Dan aku harap aku tak mencari lagi. Moga Tuhan jodohkan kami, in sha Allah.



p/s : Terima kasih Razi sebab kau jadi kawan aku masa aku kecewa dan ketawa. Sanggup berhabis kredit demi nak menceriakan aku dari kekecewaan. Menasihatkan aku dengan kata-2 ilmiah kau yang selalu menyentapkan aku, tapi takpe, aku suka. Dengan cara tu boleh sedarkan diri aku yg lalai ni. Harap sangat kau akan bersatu dengan Quya nanti, aminnnn :)

2 comments:

  1. Kan wak ? Hihi dah la terpijak kasut 'RAZI' tadi. Aaaar mayu :3

    ReplyDelete