Monday, May 6, 2013

Sikit pasal Abah.

Abdul Hamid Alyahya Mohamed.
Hampir 21 tahun aku membesar dengannya. Bernafas dibawah jagaannya, berteduh dibawah lindungannya. Fizikal aku yang gemuk sudah cukup untuk mendeskripsi bahawa aku cukup makan cukup minum. Aku akui aku kurang rapat dengan Abah. Tapi entah kenapa, baru-baru ni dia senang saja menurut wishlist aku. Benda-benda nonsense pun aku dapat. Dulu abah selalu out station dan Abah ada adik-beradik aku yang lain yang perlu dilayan. Ah tak payah bukalah kisah lama. Tuhan saja tahu. Motif aku menulis ni kerana aku jadi bersalah bila senang dapat kebanyakan benda, padahal aku anak 'jantan' tak siap dan yang paling kurang rapat dengan Abah. Jauh disudut hati, aku sayang Abah, aku sayang keluarga aku.



Abah, terima kasih atas segalanya. Aku akan tunjuk kau siapa aku suatu hari nanti. Paling kurang rapat tapi aku tak kan lupa jasa Abah sampai bila-bila. Sayang Abah.

No comments:

Post a Comment