Monday, May 12, 2014

Degree level.

Banyak aku belajar waktu Degree ni.

Kawan lama tapi naik belang, sendiri naik belang, assignment grouping macam bangang, lost sorang-sorang.
Kawan makan kawan, kawan cemburu, kawan hanya kerana nama, kawan tak masuk kepala, kawan perangai macam setan, orang dewasa yang kita anggap macam bapak rupanya nak jadikan kita anak ikan, lelaki pervert dekat dewan makan, staf yang tak boleh terima cara pemakaian budak AD. Ah banyak lagi ah. Serious tak tipu. Kalau cerita semua mungkin boleh jadi kontroversi panas panazzz kalah goreng pisang cheese dekat Puncak Perdana. Kedengaran seperti semacam sial sedang menimpa. Tapi bukan. Ni bukan ujian sial nak menjahanamkan diri kita. Ni ujian supaya aku kenal dunia.

Terima kasih banyak-banyak. Tuhan, dan kawan-kawan yang bukan macam kawan serta manusia yang perangai hampir menyerupai setan. Aku serious ni. Bukan niat nak memburukkan tapi betul nak ucapkan terima kasih sebab terlibat dalam learning process hidup aku. Kerana kau semua, aku bertambah matang.





Ewah gaya post macam dah habis degree gitu. Padahal berbaki lagi 2 semester.
Good Luck for Degree, Zack! Dan yang seangkatan dengannya.


No comments:

Post a Comment