Tuesday, December 16, 2014

Hati Basah.

Selari air mata yang mengalir petang tadi, aku pun menetapkan untuk keluar sebentar pada malam ini. Cadangnya mahu aku hapuskan semua air mata dan cerita tadi, tapi, hujan turun pula malam ini. Aku masuk semula ke rumah dan capai payung lutsinarku agar cita-cita aku untuk keluar malam ini tercapai. Aku mahu buang kedukaan ini dibeberapa tempat yang bakal aku tuju, walau aku tak tahu kemana akan aku tuju. I just go. Hujan turun, basah, selari bersama hati yang yang sayu dan mata yang basah. "Eloklah tu hujan, sekurangnya tiada siapa yang akan perasan aku menangis, kalau-kalau aku terserempak dengan mana-mana kenalan sebantar lagi." Lalu berjalanlah aku dalam hujan lebat, ditemani langit malam nan gelap. Lampu meriah sini-sana, ramai orang sedang bersuka ria, seolah hari itu hari terpaling bahagia buat mereka, dan aku disini, berjalan seorang diri, dalam hujan, dan aku beli coklat panas Starbucks yang selalunya membahagiakan aku. Aku tak pasti dalam suasana begini aku patut gembira, aku sedih....Aku teruskan perjalan, buang luka yang ada di jalan-jalan hitam yang aku lalui. Masih lagi berfikir pada malam-malam begini aku patut gembira atau sedih...


Tapi dalam hati, aku berteriak kuat sekuat-kuatnya.......aku hela nafas dan ucap perlahan,







 "selamat tinggal dan jangan pernah datang lagi"

No comments:

Post a Comment