Thursday, September 30, 2010

perjalanan

dulu, masa sekolah menengah, aku benci berhadapan dengan buku kimia, fizik serta add math. kelas kimia aku ponteng bersama safiq, fakhrul serta farid. haha. nakalnya saya >,<



aku selalu sumpah seranah bila memegang kertas add math, tak dapat jawab exam, akhirnya main snuker *tidur*
kerja seni budak sekolah aku, aku yang tolong siapkan. disebabkan aku minat melukis, aku tak kisah tolong buatkan assignment orang. cikgu seni diorang pun dh paham dgn aku. haha.



tak kan nak buatkan aje ? aku tak nak ambil seni ke ? oh takkk, saya tak ambil. aku dh ambil tasawo dan sport science for my additional subjects. terbeban dengan dua subjek tersebut sbb kena belajar sendiri tanpa kelas khas dan kelas harian bagi dua subjek tu.



aku berazam untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni, tak kira dimana, even tak dapat U, aku akan ambil poli. aku dh bosan dengan pure science. aku tak boleh masuk dengan matapelajaran yg bersifat liberal serta formal kecuali dlm bidang bahasa ah, tu aku agak suka berbanding kimia bodoh tu apa semua. haha.




aku dpt panggilan temuduga uitm. time tu memang pulun habis. interview pun ayat kasi manis habis mcm nak tackle spouse. haha. alhamdulillah, saya berjaya. dan hari ini, saya di UiTM perak mengambil jurusan seni bawah jabatan grafik.




dulu aku suka mengeluh di sekolah. sekarang dh hidup di U, aku still tak percaya yg aku ni budak U. assignment berlambak gila sampai ada yg tak terbuat. haha.itulah akibatnya kalau masa sekolah menengah dulu asyik tak buat kerja sekolah.



gua menyesal.



aku tak faham. apa yang aku nak lagi ? aku dh ada kat sini, tapi mcm dibazirkan je peluang tu. aiseyyy. tak nak dohhh. aku nak stay lama disini. stay dengan segenggam kejayaan. aku perlu berubah. tapi aku tak tahu caranya. setiap hari, apa yg berlaku kpd aku mungkin ada hikmahnya. dan mungkin hikmah tu mengajar dan membawa aku untuk berubah dengan cara yang positif, insya'Allah. aku juga berharap begitu.




perubahan. ya, aku mahukan itu. dan semangat :)

1 comment: