Thursday, June 30, 2011

kebetulan atau kekerapan

semenjak dua menjak ni, aku asyik terserempak dengan waktu yang mempunyai angka 39. contohnya pukul 1:39, 2:39 dan seterusnya. ada seorang kawan, katalah nama dia A. crushnya B. A pulak katanya setiap kali dia online, crush dia yang bernama B pun turut sama tengah online. kira setiap kali diorang online tu dapat IM ah. katanya kebetulan diorang tu membawa makna hubungan diorang akan berkekalan sampai bebila. HAHA tergelak je. aku pun ada jugak terfikir apalah jadi 3 september nanti. huahua.


bila pikir-2 balik, semua tu just satu kebetulan. waktu yang menunjukkan angka 39, si A yang online bersama crush-nya si B secara tak langsung, dan ada beberapa rakan lagi yang perasan banyak kebetulan disekeliling.


aku cuma mahu buat satu kesimpulan. aku selalu ternampak angka 39. kenapa ? mungkin sebab aku KERAP sangat tengok jam. boring berada dalam kelas barangkali dan bila dah selalu sangat tengok jam, tak mustahillah akan terlihat waktu yg di-mind-set tu pada jam tangan. betul tak ? dan pasal si A, kalau dia dah online 24 jam, KERAP juga online. dan si B pulak jenis yang dalam satu hari mesti akan ambil masa beberapa detik untuk online. so bila si A dh online 24 jam, si B pula menyusul online pada beberapa jam berikutnya, mananya tak terserempak. kan ? konklusinya, kadang-2 kekerapan tu yang menjadikan ianya kebetulan. bukan miracle ke apa. apapun semuanya telah ditakdirkan oleh Maha Kuasa. redha :)

No comments:

Post a Comment