Friday, July 22, 2011

keluhan

seringkali kita mengeluh tentang sesuatu yang sebenarnya lama-kelamaan kita akan rindukannya. kita tidak mengetahui akan pentingnya cabaran dalam kehidupan. tidak hadapi, namun hanya tahu mengeluh.



sebagai contoh, hari ni hari pertama kerja McD. beriya-iya sangat ni. lakukan greeting, research tentang communication skill, berlatih 'selamat datang, boleh saya ambil pesanan?', atau 'terima kasih, jumpa lagi'. lama-kelamaan, rasa bosan yang teramat. betapa ingin bersekolah kembali. bergelak-tawa bersama rakan, memakai uniform sekolah. bosannya kerja !! sebab apa ? terlalu lama makan gaji disitu. kerana dalam hati hanya fikirkan WANG. that's the only reason.



kemudian, dapat pula tawaran ke universiti. melonjak kegirangan. memikirkan betapa seronoknya tidak perlu bekerja lagi. memikirkan bagaimana kehidupan, kawan dan pembelajaran disana. seronoknya suasana baru. lama-kelamaan, bosan datang mencuit. hati meronta betapa inginnya balik ke rumah dan tidak perlu meneruskan pelajaran. betapa ingin bekerja kembali. belajar di universiti kena berdikari. duit mengalir laju seperti air. sekejap sahaja akaun sudah kosong. kerana apa itu ? kerana hati tak bersedia untuk belajar. hanya memikirkan keseronokan. hati tidak ikhlas untuk belajar.





















jadi, fikir-fikirkan.
kenapa ? dimana ? bagaimana ?
sudah. bangunlah. jangan bermimpi lagi. cukup-cukuplah.
belum terlambat untuk kau fikirkan yang ini adalah medan perjuangan untuk kau hadapi, sebelum kau bergelar bapa atau ibu kepada seorang anak, sebelum masalah dewasa yang menghimpit dan sebelum tanggung jawab menjadi lebih besar, besarrr daripada apa yang kau fikirkan. sedar itu. kau harus hadapinya.
besar harapan ayah dan bonda dirumah.
selagi kudrat masih kuat, teruskan perjuangan.
kalau tak hari ini, bila ? lama-kelamaan kau pasti, pasti jua akan menemui jalan mati.
jadi ambil pengalaman-2 ini, kutiplah ia, supaya kau tabah harungi cabaran dimasa akan datang. dan, buat sesuatu haruslah ikhlas. barulah tidak mengeluh dan tidak terpaksa.

No comments:

Post a Comment