Saturday, July 23, 2011

pengamatan hari ini, version 2

apa yang aku dapat lihat, manusia yang pakar dalam memberikan motivasi, atau lebih tepat lagi, tempat mengadu masalah, senang untuk memberikan pendapat dan penyelesaian tentang masalah orang lain. tetapi, mereka inilah yang selalunya lemah dalam memotivasikan diri sendiri. diorang perlukan orang lain untuk menasihati mereka. diorang ni suka menasihati tetapi tidak dapat dilantunkan nasihat itu pada diri sendiri untuk menghadapai masalah. orang jenis ini sangat-sangat sensitif, lekas menangis hanya kerana hal kecil dan berfikiran negatif serta ada sesetengah drpd diorang yang menganggap ianya masalah paling teruk pernah dihadapi.







manusia yang tidak tahu menasihat pula, mereka ego, seorang yang mempertahankan diri sendiri. manusia jenis ini hebat dalam memotivasikan diri sendiri, syabas kerana tabah mengharungi cabaran. tetapi, mereka kurang pandai atau kurang mendalami dan memahami perasaan orang lain. tak dapat jadi good-listener. berkira kadangnya. selalu cop orang lain lemah. mereka kurang faham situasi si pencerita. jarang menangis. selalu menangis bila masalah besar sahaja.







aku ingin jad kedua-duanya dari segi positif. tahu menasihat dalam masa yang sama pandai menasihati diri sendiri. kita manusia tak sempurna. tapi aku yakin, selagi nyawa dikandung badan, kita mampu mencari kesempurnaan. cuma manusia ini malas.

No comments:

Post a Comment