Tuesday, October 4, 2011

pengamatan hari ini, versi 3

bagai isi dengan kuku.



itu adalah antara peribahasa yang membawa maksud rapat, ngam, kamceng dan sebagainya. kiranya mcm kita sangat rapat dengan seseorang itu. sangat. dari segi penggunaan 'isi dan kuku' itu sendiri, cuba lihat kenapa ia digunakan, mengapa ia dipilih untuk membentuk satu peribahasa, dan bagaimana kita dapat mengetahui makna peribahasa tersebut dengan jelas ? kerana isi dicipta untuk bergandingan dengan kuku, kuku pula dicipta untuk melindungi isi. nampak tak bagaimana peribahasa itu menggambarkan maknanya ? tentang sesebuah persahabatan ? atau mengenai sesebuah hubungan yang amat rapat ?




macam dah jauh sangat. point dia ni je, aku cuba sampaikan tentang hubungan aku dengan seorang rakan. sangat rapat. sangat. semua orang perasan. sampaikan kawan-2 aku kenal dia. dan kawan-2 dia kenal aku pun sebab aku rapat dengan dia. asyik bergandingan kemana-2. tak sah kalau kami tak berdua. tetepiiii, pemikiran, minat dan kecenderungan antara kitorang berbeza. dia sangat matang, dia pandai berhujah, dia berkepemimpinan, dia diminati ramai. aku lebih kepada dunia keseronokan dan berfoya-2, haha. kalau tengok cara berpakaian pun lain. dia sangat formal. aku sangat socialite. dunia kitorang nyata dan jelas sekali, amat berbeza. sumpah tak tipu. aku sayang dia. tak tahulah dia sayang aku ke tak kan. haha macam gay dah.




apapun, dia ada ajak aku duduk sebilik dengan dia untuk semester hadapan. aku fikir 2,3,4,5 kali. tak cukup dengan itu aku rasa aku perlukan waktu yang lebih panjang lagi. lebih panjang dari cuti semester. sebenarnya aku tak ambil masa yang panjang pun hanya utk memikirkan benda ni, cuma aku perlukan peruntukan masa yang penjang tu untuk bersedia memberitahu dia yang aku tak nak duduk sebilik dengan dia. kenapa ? sebab kami dah terlalu rapat. sangat. aku dah lama fikir benda ni. interest, attitude dan course kitorang sangat berbeza. aku dah lama buat kajian dan ternyata betul, kalau kita duduk sebilik dengan orang yang punya berlainan interest dan attitude dengan kita, lama-2 boleh jadi bosan, boleh bawa gaduh. paling seram boleh jadi musuh. sebab bila duduk sebilik/serumah, time tu kita akan nampak attitude sebenar rakan baik kita. walaupun masing-2 dah kenal lama, dah faham, bila attitude dan interest berlainan, kita akan nampak dengan ketara betapa berbezanya attitude kita dengan roommate kita. setiap apa yang kita buat dalam bilik, bila dia rasa tak sedap skit, dari situ akan timbul ketidaksefahaman antara dua sahabat. maka akan terjadilah bibit-2 tidak puas hati antara satu sama lain, masam muka, berebut barang dan sebagainya. cakap sekarang memang senang, tapi aku selalu fikir benda-2 ni, tentang perkara-2 yang akan dibawa ke jangka masa yang agak panjang. satu semester tak panjang ? 6 bulan. sebulan, 30 hari. sehari, 24 jam. sejam, 60 minit. tak kanlah dalam seminit tu kita akan sentiasa nampak perfect je kan ?



derrrr, maaf. kalau lepak-2 bilik awak saya bolehlah, kalau nak dududk sebilik dengan awak, err terima kasih sajalah :) saya tak sanggup nak gaduh dengan awak. saya lebih selesa dapat roommate baru. baru boleh kenal-2, famous-2 skit. HAHA.




fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment