Thursday, February 14, 2013

Titisan bertitik.

Pernah tak lepas kau kecewa atau kau ada masalah lepas tu kau menangis, sampai satu tahap yang kritikal kau rasa teruk sangat sampai kau dah tak mampu menangis. Kau cuba untuk menangis lagi tapi tak boleh. Seluruh pelincir mata dah kau keluarkan. Habis. Kosong. Masa tu kau macam dah takde perasaan. Semua orang yang sayang kau dipersetankan. Sebab kau dah terlampau kecewa. Kau rasa tak dihargai dan tak mahu menghargai orang-orang yang sayang kau. Sebab kecewa dah terlalu dalam. Kau nak keluarkan kecewa tu pun kau tak dapat cari dipelusuk mana ia bersembunyi.



Aku cuma harap, apa yang aku ada skrg ni tak kan pergi dari aku. Sebab kalau boleh aku nak rasa macam mana menangis kegembiraan.

No comments:

Post a Comment