Wednesday, May 25, 2011

balik kampus

malasnya. esok dah balik kampus. kali ni rasa berat nak tinggalkan rumah. apesal entah. rindu dekat nissa kot. sebab hari-2 dengan dia. hihihi ;)
or maybe cuti yang terlalu singkat. 2 minggu. perghh siapa sanggup cuti semester sebanyak itu ? dulu cuti 2 bulan, ini aku cuti 2 minggu je. sepatutnya sebulan, tapi event di Perak yang dijalankan selama seminggu tu aku tolaklah dengan total cuti semester, jadi 2 minggu je. haiyahh.



sekejap je dah naik semester 3 isnin ni. aku macam dah takde semangat nak belajar oh. 2 minggu tak cukup utk aku gali balik semangat yg hilang. 2 minggu tak cukup utk aku menghirup udara segar di hulu langat ni. 2 minggu tak cukup untuk tidur secukupnya dan makan sepuasnya. belum apa-apa dah naik semester 3. geram. tapi apa boleh buat. adat hidup pelajar diploma.



aku harus pulang ke pangkuan Seri Iskandar, kali ini bersama rakan sebilik yang lain dan belum ku kenal bagaimana mereka. entah betul atau tidak mereka itu seperti yang diceritakan oleh rakanku yg mengenali terlebih dahulu. namun begitu aku tidak harus lekas percaya. aku akan cuba mengenali hati budi mereka seboleh yg mungkin.



aku harus pulang ke Seri Iskandar, dengan semangat baru sebagai pelajar semester 3, selepas ini akan susah online kerana wifi yang jadi rebutan. aku juga harus putuskan hubungan aku dengan Justin Bieber secepat mungkin, kerana bercinta membuatkan aku lalai dalam pelajaran. walaupun naquiah tak suka JB, lantaklah. aku suka dia. kau apa ada hal ?



aku harus pulang ke Seri Iskandar, harap permohonan aku untuk bertukar kelas akan diluluskan oleh KP. kalau tak pun, tak mengapa. aku harus belajar menerima kenyataan. kena belajar buat kerja mcm perempuan, tak kan jadi pemalas lagi, naikkan pointer, buat dek dgn masalah yg dialami. dan dannn, palinggggg penting sekali, aku harus belajar utk berfikiran positif dan kuat motivasi diri. entah syaitan durjana mana datangnya, pemikiran positif serta semangat aku sudah hilang entah kemana. tersesat di Bota agaknya.





maafkan dosa saya kawan-kawan. ada rezeki jumpa lagi. doakan perjalanan hidup saya disana. byeee :')

No comments:

Post a Comment