Monday, May 23, 2011

nyawa dalam timbusan tanah

perghhhhhh. dah lama gila tak update blog. semakin lama semakin bosan dengan blog. aku plak skrg ni bukanlah jenis jiwang karat mcm dulu nak update-2 selalu ni. hihii. sekarang aku moreeeee to huha huha dengan kawan-2 aku. seronok !




tapi................


baru-2 ni, dekat batu 14, pelajar madrasah at-Taqwa Hulu Langat mengalami tragedi yang tragis kerana Allah telah mengambil nyawa seramai 16 anak madrasah tersebut kembali ke pangkuan-Nya. Ya Allahhhhhhhhhhhhhhh, aku terkedu sendiri bila mendengar pelbagai cerita syahdu yang berbeza dari keluarga yang berbeza. ada yang anaknya sudah hafaz sebanyak 23 juzu', means lagi 7 juzu' sahaja dah nak khatam dan menjadi seorang Hafiz al-Quran. penantian keluarga yang sangat bermakna, harapan yang tinggi menggunung untuk anak-anak mereka. haihh. ada pula seorang ibu ni dari Terengganu. kali terakhir sebelum ni dia jumpa dengan anak dia adalah pada bulan April 2010. tahun 2010 ! bukan 2011. dah setahun tak jumpa. raya Aidilfitri pun tak sempat jumpa, sebab takde duit nak balik. ibunya juga takde duit nak datang situ. bertambah perit bila yang jadi terakhir kali melihat anak adalah dalam keadaan anak mati tertimbus. tak sempat salam, cium, peluk ! tak sempat bertanya khabar ! tiada senyuman diberi. yang ada hanya sekujur tubuh mayat dihadapan. Ya Allahhhhhhh, peritnyaaaaaa ! moga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi kepada keluarga-2 ini :'(




dan aku pula... aku bukan pelajar tahfiz macam diorang. mendekatkan diri kpd Allah ? jauh sekali. pergi majlis-2 ilmu ? sejak habis SPM memang haram nak pergi. dosa ? haihhh tak terkira. apa kata kalau tiba-2 nyawa aku diambil ? apa kata kalau sedang berseronok tiba-2 terlibat dalam kemalangan dan meninggal disitu ? apa kata kalau aku diragut dan dibunuh ? apa kata kalau aku meninggal dalam tidur ? tak sempat minta maaf pada mak ayah, kawan-2 dan sekalian umat yang dosa aku kpd korang tak terkira banyaknya ? macam mana ? mahu ?




dah tentulah tak nak :'( aku sedihhhhhhhhhhh dan terus sedihhhhhhhhhhh. bila-2 saja tuhan akan ambil nyawa aku kalau dia nak. lebih malang kalau waktu itu aku belum sempat bertaubat. macam-2 berlaku kat dunia sekarang ni, kita tak kan dapat jangka apa akan berlaku nanti. hmmph -.-
Ya Allah, Kau selamatkanlah sekalian umat-Mu :'(




harap aku akan berubah suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment